HomeUtamaGRS,PH sudah berbincang, keputusan kerjasama akan dimuktamadkan

GRS,PH sudah berbincang, keputusan kerjasama akan dimuktamadkan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah pertemuan dan perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi PH.

Katanya, walaupun belum ada pengumuman rasmi, keputusan mengenai kerjasama politik antara GRS dan PH akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ya, kami telah berbincang beberapa kali termasuk dengan Perdana Menteri sebagai pengerusi PH.  Jadi kami akan membuat keputusan terakhir.

“Sudah tentu kami akan mengumumkan dan kita akan meneruskan kerjasama dalam Kerajaan sekarang ini, Kerajaan negeri GRS dan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah di Pusat 

Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang akan berlangsung hujung minggu ini, Hajiji berkata, perhimpunan itu akan menjadi platform penting bagi Gagasan Rakyat menetapkan hala tuju dan persiapan menjelang pilihan raya

“Kita akan mengadakan Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah selama tiga hari. Ini adalah keperluan dalam perlembagaan parti dan kali ini dianggap sangat penting kerana kita akan menghadapi pilihan raya bila-bila masa selepas perhimpunan itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau belum mendedahkan secara terperinci intipati perhimpunan tersebut dan hanya akan mengumumkannya secara rasmi semasa berlangsungnya perhimpunan.

Perhimpunan agung kali ini dijangka menjadi medan penting untuk Gagasan Rakyat memperkukuh kedudukannya dalam landskap politik negeri, termasuk menjelaskan kedudukan rasmi mengenai pakatan dengan PH. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan, pampasan insurans untuk keluarga mangsa tanah runtuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular