HomeUtamaPersatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

Persatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Alumni Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) terus memperkukuh peranannya sebagai medium penting dalam menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pihak pengurusan kolej.

Presidennya, Datuk Mohd Pkhruddin Bian berkata, pada masa sama dapat menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa pembangunan alumni serta mahasiswa kolej.

Katanya, kini, ramai dalam kalangan bekas pelajar KTYS telah berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya di seluruh Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, bahkan hingga ke luar negara.

“Pengalaman luas yang mereka miliki diyakini mampu memberi impak besar sekiranya dikongsi bersama pelajar-pelajar semasa melalui pelbagai program pembangunan diri dan motivasi,” katanya pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Bil 5/2025 di sini, pada Ahad.

Mesyuarat dirasmikan Pengurus Pentadbiran KTYS Md Arifin Md Sunoh.

Mohd Pkhruddin berkata, dalam tempoh empat penggal atau lapan tahun kebelakangan ini, Persatuan Alumni KTYS telah berjaya menganjurkan pelbagai program secara kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, program-program ini bukan sahaja memberi faedah kepada ahli persatuan, malah turut menyumbang kepada masyarakat dan institusi secara amnya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua alumni KTYS atas sokongan berterusan mereka yang telah memungkinkan pelbagai pencapaian dan kejayaan diraih selama ini.

Mohd Pkhruddin mengekalkan jawatan presiden persatuan itu untuk sesi 2025-2026 dengan dua timbalannya, Haslin Gaffor dan Pidtailan Daur dan Setiausaha Kehormat, Ainah Mastul. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular