HomePendapatSabah Lonjak Kejayaan: Agenda SMJ Bukti Kesepakatan Rakyat

Sabah Lonjak Kejayaan: Agenda SMJ Bukti Kesepakatan Rakyat

Read Time:2 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu – Agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan, sekali gus meletakkan Sabah di atas landasan lebih kukuh untuk melonjakkan pembangunan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan rakyat.

Pada minggu lepas, ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah menonjolkan kejayaan pelaksanaan agenda SMJ, hasil kerjasama erat antara kerajaan, swasta dan masyarakat.

Pada Mac 2021, Kerajaan Negeri melancarkan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025), berteraskan tiga elemen utama iaitu sektor ekonomi (pertanian, perindustrian, pelancongan), modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Menurut beliau, agenda SMJ telah mencapai purata kejayaan pelaksanaan 94 peratus, dengan 366 (78 peratus) daripada 467 inisiatif berjaya dilaksanakan sepenuhnya setakat Mei 2025.

Beliau berkata, pencapaian ini dicapai berkat komitmen, kesungguhan dan kecekapan kerajaan negeri, meskipun berdepan cabaran besar termasuk pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan global.

Agenda SMJ 2.0 akan memberi tumpuan kepada integrasi teknologi hijau dan peralihan tenaga bersih bagi menjana pembangunan Sabah yang mampan dan lestari.

Antara pencapaian utama SMJ sepanjang lima tahun (2021–2025) termasuk:

Pertumbuhan Ekonomi

  • Saiz ekonomi meningkat 8 peratus daripada RM77.8 bilion (2020) kepada RM84.3 bilion (2024).
  • Hasil kerajaan negeri meningkat 91 peratus kepada RM6.842 bilion (2024) berbanding RM3.591 bilion (2020).
  • Sabah menerima 420 pelaburan bernilai RM35.38 bilion, dengan 52 pelaburan (RM17.42 bilion) telah direalisasikan. Pada suku pertama 2025, Sabah merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM10.9 bilion, ketiga tertinggi di Malaysia.
  • Jumlah dagangan melebihi RM100 bilion selama tiga tahun berturut-turut.

Infrastruktur Awam

  • 11 projek bekalan elektrik diluluskan dengan kapasiti 1,219 MW; kadar gangguan elektrik (SAIDI) turun 38 peratus.
  • Tujuh projek tenaga bernilai RM260 juta disiapkan untuk lebih 60,434 pengguna di Sabah dan Labuan.
  • Jumlah loji rawatan air meningkat daripada 85 (2021) kepada 90 (2024); kapasiti pengeluaran air meningkat 8 peratus; kadar Non-Revenue Water (NRW) turun dari 60 kepada 52 peratus.
  • 982 km jalan dibina, melebihi jarak dari Kangar ke Johor Bahru.

Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat

  • RM848.26 juta dibelanjakan untuk bantuan pendidikan.
  • 7,482 Rumah Mesra SMJ siap atau dalam pembinaan; RM250 juta diperuntukkan bagi tambahan 3,000 rumah pada 2025.
  • RM1.49 bilion dibelanjakan untuk bantuan kebajikan kepada 336,076 penerima; RM358.5 juta diperuntukkan di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur).

Kerajaan Sabah turut berjaya mengurangkan hampir 90 peratus jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar, daripada 14,553 kepada 1,464 dalam tempoh setahun.

Ketua Menteri Sabah sebelum ini mempertikai data miskin tegar yang dikemukakan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, memaklumkan data Kerajaan Negeri telah disahkan ICU JPM, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Sekretariat SMJ.

Pemulihan Sabah Development Bank (SDB)

Sabah Development Bank (SDB), institusi kewangan pembangunan milik penuh kerajaan negeri, mencatat pemulihan selepas mengalami kerugian besar pada 2023 dan 2024 akibat kelemahan tadbir urus serta pinjaman tidak berbayar (NPL) yang tinggi.

Pelaksanaan Pelan Transformasi Tiga Tahun mengurangkan obligasi pembayaran bon SDB daripada RM5 bilion (Julai 2023) kepada RM2 bilion (akhir 2024). Nisbah Modal Keseluruhan meningkat kepada 20.71 peratus.

Pada Mac 2025, SDB memfailkan saman terhadap firma audit Ernst & Young (EY) bagi menuntut kerugian RM1.975 bilion akibat pelanggaran kontrak, kecuaian, serta pelanggaran kewajipan berkanun sepanjang 2011–2023.

SDB mengurangkan kerugian sebelum cukai sebanyak 90 peratus, daripada RM898 juta (2023) kepada RM86 juta (2024), dan menjangka kembali mencatat keuntungan pada 2025. Firma RAM Rating juga mengekalkan penarafan AA1/Stable untuk instrumen hutang SDB.

Dalam tempoh Januari 2024 hingga April 2025, SDB telah meluluskan pembiayaan pinjaman bernilai RM1.71 bilion untuk komuniti perniagaan Sabah.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular