HomeUtamaSyarat baru Sabah-MM2H buka peluang lebih luas kepada pelabur asing

Syarat baru Sabah-MM2H buka peluang lebih luas kepada pelabur asing

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Beberapa syarat baharu dalam penyertaan program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H) berjaya menarik lebih ramai pelabur asing, terutama dari China dan Taiwan untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi kediaman kedua mereka. 

Pengerusi Program Sabah-MM2H, Datuk Seri Christina Liew berkata, beberapa pindaan terhadap syarat kelayakan program yang diluluskan oleh kabinet negeri berjaya mencatatkan peningkatan jumlah permohonan daripada pelabur antarabangsa sejak beberapa bulan lalu.

“Usaha dan kemajuan yang dicapai oleh ejen-ejen sah program dalam mempromosikan Sabah sebagai destinasi pilihan perlu dipuji.

“Saya menggalakkan semua ejen untuk terus mempromosikan program ini kepada pelanggan berpotensi luar negara menerusi jelajah promosi atau platform lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama 25 ejen berdaftar program itu di sini baru-baru ini.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, antara perubahan utama ialah penurunan had umur minimum pemohon daripada 30 tahun kepada 25 tahun.

“Selain itu, pemohon yang berjaya kini dibenarkan meletakkan deposit tetap mandatori mereka di mana-mana 12 bank perdagangan yang dibenarkan.

“Kita juga membenarkan pemohon mengeluarkan 50 peratus daripada jumlah deposit selepas 12 bulan bagi tujuan pendidikan atau perbelanjaan rawatan perubatan,” katanya.

Dalam masa sama, Christina turut mengambil maklum beberapa isu dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh para ejen termasuk berkaitan klasifikasi jenis hartanah yang boleh dibeli oleh pemohon.

“Kami akan membincangkan isu-isu ini dalam mesyuarat bulanan akan datang dan akan memaklumkan perkembangan lanjut.

“Jawatankuasa Negeri Sabah-MM2H sentiasa cekap dalam memproses dan meluluskan permohonan dari luar negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular