HomeUtamaRoad to HPPNK @ Sook sasar nilai jualan RM200,000

Road to HPPNK @ Sook sasar nilai jualan RM200,000

Read Time:1 Minute, 24 Second

Sook : Program Road to Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 Siri 2 di daerah ini menyasarkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM200,000 sepanjang tiga hari bermula semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sebanyak 14 pempamer agensi dan rakan strategik melibatkan 68 usahawan tempatan turut menyertai program berkenaan.

“Selain itu, pelbagai program lain turut diadakan termasuklah jualan agromadani dan sebagainya dimana kita menawarkan barangan keperluan seperti beras, minyak, daging ikan dan sebagainya dengan harga yang sangat-sangat istimewa.

“Kita turut memberi ruang pasaran kepada pengusaha tempatan kita untuk meluaskan lagi pasaran mereka atau peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Road to HPPNK 2025 Siri 2 @ Sook di sini pada Jumaat.

Bertemakan ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’, program ini menampilkan 15 segmen utama termasuk Agro Millenia, Klinik Orang Muda, E-Games, Teknologi Pertanian, Robotic & IOT, Segmen Ternakan, Perikanan, Padi, serta pameran dan jualan Agro MADANI.

Program Road to HPPNK ini bertujuan menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan dalam menjamin keterjaminan makanan negara, selain menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang agromakanan. 

Antara tarikan utama program termasuk jualan 3,000 pek beras dengan harga RM26, jualan 2,000 kg ayam segar, dan 1,000 kg produk sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari ladang. 

Selain itu, pesta jualan buah-buahan tempatan seperti limau bali, bambangan dan tarap sebanyak 8,000 kg, serta pengedaran 1,000 anak pokok buah dan bunga turut ditawarkan kepada pengunjung. 

Kemuncal HPPNK Kebangsaan pada tahun ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama tiga hari bermula 1 Ogos depan dan dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular