HomeUtamaPermohonan sijil halal lebih cepat jika dokumen lengkap

Permohonan sijil halal lebih cepat jika dokumen lengkap

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Permohonan bagi mendapatkan sijil halal lebih mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh antara 23 hingga 30 hari sekiranya semua dokumen lengkap.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub Mohammad Sidik Awang Adi berkata, kegagalan pengusaha memberi maklum balas atau melengkapkan keperluan audit menjadi antara faktor kelewatan permohonan pensijilan halal.

“Kelewatan ini ada berpunca daripada salah faham dan kelewatan maklum balas daripada pihak pemohon sendiri. Kita sudah buktikan, tahun ini sahaja ada premis yang dapat sijil halal dalam tempoh 23 hari.

“Ini termasuk restoran dan produk makanan. Tapi kalau dokumen tidak lengkap atau lambat beri maklum balas semasa audit, itu yang lambat,” katanya.

Beliau berkata dmeikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penangguhan dan Penyampaian Sijil Penghargaan Perbincangan Meja Bulat Pensijilan Halalal Perusahaan Mikro dan Sederhana Sabah di sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Pada majlis itu, sebanyak lebih 24 agensi kerajaan dan badan berkaitan hadir bagi membincangkan isu pensijilan halal serta sokongan kepada usahawan mikro dan kecil sederhana (PMKS) di Sabah.

Sidik berkata, antara perkara utama yang dibincangkan ialah penyelarasan pangkalan data usahawan Sabah bagi memastikan bantuan tidak bertindih dan lebih ramai usahawan mendapat manfaat.

Katanya, ketika ini, banyak agensi menyimpan data sendiri, menyebabkan kesukaran untuk menilai jumlah sebenar penerima bantuan.

“Kadang-kadang, satu usahawan dapat bantuan dari beberapa agensi tanpa disedari. Jadi kalau kita selaraskan, lebih ramai boleh dapat manfaat,” katanya.

Menurutnya lagi, pangkalan data itu akan diselaras oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah melalui Jabatan Komputer. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 biasiswa disedia, pelajar boleh mohon TPNS, BUDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular