Keningau : Kolej Vokasional berperanan untuk melahirkan tenaga kerja mahir selain membina kemahian teknikal serta memupuk sikap keusahawaan dan daya cipta dalam kalangan pelajar.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arifin berkata, aspek itu penting bagi memastikan graduan Kolej Vokasional mampu mewujdukan pekerjaan sendiri.

Katanya, mereka juga mampu menyumbang kepada ekosistem inovasi negara.
“Pihak Kementerian sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan vokasional dalam memperkenalkan teknologi baharu, menyediakan platform penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Selain itu, kerjasama itu juga dapat memupuk budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.
“Kita perlu bekerjasama erat bagi memastikan kurikulum dan latihan yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pertandiangan Kemahiran Kolej Vokasioanl (KVSkills) Zon Sabah/ Labuan di Kolej Vokasional Keningau di sini baru-baru ini.
Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pertandingan itu merupakan pentas untuk pelajar Kolej Vokasional mempamerkan bakat, menguji kemahiran, dan mencetuskan inovasi dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.
“Kita semua sedia maklum, dunia hari ini menuntut tenaga kerja yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga cekap, kreatif, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat.
“Pihak Kementerian sentiasa komited dalam menyokong usaha pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional. Ini kerana kami percaya, bidang ini adalah tunjang utama dalam memacu ekonomi negara ke arah Revolusi Industri 4.0.
“Dengan kemahiran yang relevan dan terkini, anak-anak muda kita akan lebih bersedia untuk mengisi peluang pekerjaan baharu serta menjadi pencipta peluang ekonomi,” katanya. – Chronivo