HomeUtamaBelia sabah perlu ruang lebih luas, MBS mahu had umur dilanjut ke...

Belia sabah perlu ruang lebih luas, MBS mahu had umur dilanjut ke 40 tahun

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Majlis Belia Sabah (MBS) mencadangkan agar had umur belia di negara ini disemak semula kepada julat 15 hingga 40 tahun.

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata, ia adalah bagi memastikan dasar dan program belia lebih inklusif, adil serta berpaksikan realiti semasa.

Katanya, cadangan itu selaras dengan prinsip keterangkuman, pembangunan modal insan, dan pemerkasaan komuniti luar bandar seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“MBS berpendirian tegas bahawa had umur belia antara 15 hingga 30 tahun yang digunapakai ketika ini masih belum lagi relevan dengan realiti pembangunan belia di Sabah.

“Sabah mempunyai ciri sosioekonomi yang berbeza, termasuk jurang akses pendidikan, kelewatan memasuki pasaran kerja, serta faktor geografi dan infrastruktur luar bandar yang memperlahankan proses pemerkasaan belia. 

“Dalam konteks ini, ramai anak muda Sabah hanya mula mencapai kematangan sosial dan ekonomi selepas usia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, isu kesediaan belia luar bandar, khususnya dalam aspek pendidikan dan kemahiran, masih menjadi cabaran utama.

Menurutnya, ramai belia di kawasan pedalaman menghadapi kelewatan menyempurnakan pendidikan asas atau tertiari akibat faktor logistik, kekurangan fasiliti, dan peluang akses  yang  terhad.

“Ini secara  langsung  melambatkan keupayaan mereka  untuk menyertai pasaran kerja dan pembangunan masyarakat.

“Mengekalkan had umur maksimum pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan segmen belia Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan aktif dalam program pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya, perluasan definisi ini akan membolehkan lebih ramai anak muda Sabah mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan belia secara menyeluruh dan berkesan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular