HomeUtamaMini Karnival Usahawan buka peluang luas kepada usahawan luar bandar

Mini Karnival Usahawan buka peluang luas kepada usahawan luar bandar

Read Time:1 Minute, 39 Second

Tamparuli : Penganjuran Mini Karnival Usahawan 2025 di daerah ini mampu menjadi platform penting bagi mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan yang diusahakan oleh usahawan luar bandar termasuk belia dan komuniti tempatan. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Jahid Jahim berkata, ia juga memberi peluang kepada para usahawan untuk membina jaringan kerjasama selain mendapat maklum balas pelanggan secara langsung.

Selain itu katanya, para usahawan terlibat juga dapat memperluas pasaran dan strategi pemasaran produk mereka.

“Usahawan adalah antara tonggak penting dalam menjana ekonomi negara, khususnya dalam merancakkan ekonomi luar bandar.

“Justeru itu, usaha seperti ini perlu diperkasa dan diperluaskan agar kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bukan sahaja mampu berdikari, tetapi juga mampu mencipta peluang pekerjaan dan memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pnutupan Mini Karnival Usahawan 2025 di Dewan Tun Hamdan Tamparuli di sini pada Khamis.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, pihaknya berharap melalui program mini karnival itu, usahawan dapat memperoleh sesuatu yang bermakna.

“Tidak kirala sama ada dari sudut jualan, ilmu, mahupun jaringan perniagaan. Jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk terus melangkah jauh dalam dunia keusahawanan yang semakin mencabar ini.  

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan terus komited dalam menyokong pembangunan keusahawanan luar bandar ini,katanya.

Karnival yang diadakan selama dua hari berakhir semalam itu menyaksikan penyertaan seramai lebih 20 usahawan dibawah bimbingan KPLB menyertai.

Selain itu ianya turut disertai usahawan muda dari Kementerian Belia dan Sukan, yang membawa pelbagai jenis produk yang teridri daripada makanan tempatan, hasil kraftangan, produk kesihatan dan kecantikan, hingga kepada produk pertanian dan inovasi komuniti. 

Jahid berkata, penyertaan itu menunjukkan bahawa bakat dan potensi usahawan tempatan sangat besar dan perlu terus disokong.

“Kita juga amat berterima kasih atas penglibatan agensi-agensi kerajaan yang turut mengadakan pameran, taklimat dan khidmat nasihat sepanjang karnival ini.

“Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi memberi ruang kepada para usahawan untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pembiayaan, latihan kemahiran, dan sokongan teknikal,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular