HomeUtamaDetik cemas aliran deras di Gunung Kinabalu, semua pendaki berjaya diselamatkan

Detik cemas aliran deras di Gunung Kinabalu, semua pendaki berjaya diselamatkan

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Kejadian aliran air deras dilaporkan berlaku di kawasan KM 7, Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu susulan hujan lebat di puncak gunung sekitar jam 6.15 pagi tadi.

Menurut Pengurusan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, hujan yang turun sejak awal pagi menyebabkan limpahan air deras dari kawasan dataran tinggi ke atas denai pendakian. Bagaimanapun, pemantauan oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), Pasukan Tindak Balas Kecemasan Gunung (MOSAR) dan Malim Gunung mendapati kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui dengan penggunaan tali keselamatan yang telah disediakan.

Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan itu berjaya melepasi laluan berkenaan dengan selamat pada jam lebih kurang 7.48 pagi.

“Taman-Taman Sabah ingin memaklumkan bahawa kejadian aliran air deras seperti ini adalah fenomena biasa yang boleh berlaku setiap kali hujan turun di kawasan pergunungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, Taman-Taman Sabah telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemantauan cuaca dan penutupan laluan pendakian sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. Pemeriksaan cuaca biasanya dilakukan seawal jam 2 hingga 3 pagi oleh petugas SAR Taman sebelum sebarang keputusan pendakian dibuat.

Pada hari kejadian, pemeriksaan awal mendapati cuaca masih dalam keadaan selamat dan pendakian dibuka pada jam 3.26 pagi. Namun, cuaca berubah secara mendadak dengan hujan lebat dan angin kencang bermula jam 6.15 pagi sehingga menyebabkan pembentukan aliran air deras di kawasan Check Point Sayat-Sayat.

Pendaki yang menuruni laluan ketika itu dibantu oleh Malim Gunung untuk melepasi kawasan tersebut dengan selamat.

Taman-Taman Sabah menasihati para pendaki agar sentiasa bertenang dan mematuhi arahan serta nasihat yang diberikan oleh Malim Gunung dan pasukan SAR Taman sekiranya berdepan situasi sedemikian demi keselamatan semua pihak.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular