HomeUtamaMutiara GRS salur sumbangan kepada PDK,PPKI di Kota Marudu

Mutiara GRS salur sumbangan kepada PDK,PPKI di Kota Marudu

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Marudu : Dua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan lima Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, sumbangan yang melibatkan barangan makanan dan wang tunai itu bertujuan meringankan beban serta menyokong kelangsungan operasi institusi-institusi pendidikan khas.  

“Lawatan ini bertujuan untuk kami berikan sumbangan bahan-bahan makanan seperti biskut dan barang-barang lain dan untuk keperluan mereka sendiri selain sedikit bantuan kewangan sebanyak RM100 untuk setiap PPDK agar dapat digunakan untuk keperluan harian mereka.

“Mutiara GRS adalah satu pertubuhan untuk kebajikan juga, jadi sebagai isteri wakil-wakil rakyat kami perlu mengambil tahu keadaan anak-anak dan isu rakyat di kawasan masing-masing.

“Walaupun mereka berbeza dari segi keupayaan, anak-anak ini mempunyai potensi luar biasa seperti dalam bidang seni lukis dan grafik. Dengan latihan yang teratur mereka mampu mencapai masa depan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Ziarah Amal Tandek ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau, di sini baru-baru ini.

Dalam program yang sama, turut diadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Nanas Kampung Gana bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan bidang pertanian dan keusahawanan.

Juliah berkata, ladang berkenaan berpotensi besar untuk dipromosikan sebagai Pusat Pengeluaran Nenas dan Getah Utama Negeri Sabah.

“Ini sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat terutama mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar,” katanya.

Antara penerima sumbangan ialah PPDK Kota Marudu, PPDK Tandek, PPKI SMK Bandau, PPKI SMK Tandek, PPKI SK Timbang Batu, PPKI SK Marak Parak serta PPKI SK Talantang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Yang Dipertua I Mutiara GRS Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan, Naib Yang Dipertua II Datin Seri Linda Ewit, Naib Yang Dipertua III Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular