HomeUtamaLelaki didakwa rogol kekasih bawah umur

Lelaki didakwa rogol kekasih bawah umur

Read Time:44 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol kekasihnya berusia 14 tahun.

Eryidley Jarry, 19, yang tidak bekerja itu membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan.

Dia didakwa merogol gadis tersebut pada 25 Jun 2025 pada jam 1 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dalam daerah Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos untuk sebutan kes sebelum perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan lain iaitu tertuduh diperintah melapor diri ke balai polis setiap bulan sekali, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Bryan Francis.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular