HomeUtama'MyHalal Day 2025' tawar pelbagai aktiviti menarik, orang ramai dijemput hadir

‘MyHalal Day 2025’ tawar pelbagai aktiviti menarik, orang ramai dijemput hadir

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa hadir bagi memeriahkan Program MyHalal Day 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga 28 September ini di Wisma MUIS, di sini.

Program anjuran Pejabat Tugas-Tugas Khas (TSKN), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu mengetengahkan pelbagai pengisian bermanfaat.

Ia termasuk jualan produk halal, pameran agensi, kuiz halal serta klinik halal bagi memberi khidmat nasihat berkaitan pensijilan dan industri halal.

Antara acara utama yang bakal diadakan termasuklah Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam; Perkongsian Perbankan Bantuan Pensijilan Halal; Taklimat Program Fasilitasi Halal e-ReHal; Ceramah Digital Halal: Navigating Faith in The Age of Technology dan Slot Usahawan Halal “From Zero To Hero”

Kemuncak acara akan berlangsung pada Ahad di Dewan Saadah, Wisma MUIS dengan Majlis Perasmian MyHalal Day dijadual disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelancaran beberapa inisiatif penting seperti Pelan Tindakan Halal Negeri Sabah 2.0 (2026-2030) dan Blueprint Pembangunan Usahawan PMKS turut dijadualkan.

Orang ramai, khususnya usahawan, pengusaha makanan, belia serta komuniti setempat, digalakkan hadir bagi mendapatkan maklumat, peluang serta bimbingan terus daripada pakar dan agensi berkaitan halal. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

11 kenderaan mewah disita dalam ‘Ops Luxury’ JPJ Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular