HomeUtamaTUDM laksana latihan carilamat SAREX AR 2-25 di Pantai Timur Sabah

TUDM laksana latihan carilamat SAREX AR 2-25 di Pantai Timur Sabah

Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Search and Rescue Exercise Air Region 2 Tahun 2025 (SAREX AR 2-25) di kawasan perairan Op PASIR, Sandakan, Sabah bermula 29 September hingga 3 Oktober ini.

Latihan tahunan itu bertujuan menguji keupayaan Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) di Markas Wilayah Udara 2 dalam mengendalikan misi carilamat bersepadu membabitkan kerjasama antara tentera dan agensi awam di Pantai Timur Sabah.

Menurut kenyataan TUDM, latihan ini juga memastikan pegawai serta anggota sentiasa kompeten dalam merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan operasi carilamat melibatkan udara dan laut.

Sepanjang latihan, orang ramai terutama di sekitar kawasan Sandakan diminta tidak panik sekiranya terlihat pesawat TUDM terbang rendah atau pergerakan aset-aset maritim agensi penguat kuasa.

“Pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal altitud rendah manakala aset pertahanan lain turut digerakkan di kawasan latihan yang telah digazetkan,” menurut kenyataan itu.

Latihan SAREX AR 2-25 dijangka meningkatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara dalam menghadapi sebarang insiden di perairan strategik Pantai Timur Sabah. – Chronivo / FB GENG KESELAMATAN NEGARA

RELATED ARTICLES
Utama

Jetama digesa luaskan pemasangan sistem air minum nano ke pedalaman Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular