HomeUtamaNotis tunjuk sebab kepada Shafie, sedia diserahkan

Notis tunjuk sebab kepada Shafie, sedia diserahkan

Read Time:57 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab terhadap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataan yang didakwa menghina prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir sudah siap untuk diserahkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, bagaimanapun berkata beliau tidak pasti bila notis itu akan diserahkan kepada Shafie.

Nahra hanya menjawab ringkas ketika ditanya mengenai perkembangan tersebut oleh media di pekarangan Mahkamah Koroner pagi ini.

Beliau bersama seorang lagi pegawai pendakwa dilihat memasuki bangunan mahkamah pada hari ke-13 prosiding inkues, sebelum disapa pengamal media.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Shafie berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan oleh peguam Datuk Ram Singh, yang turut disokong semua pihak dalam prosiding.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan Shafie membuat kenyataan berhubung kes tersebut.

Dalam video itu, Shafie antara lain kedengaran berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” sebelum disambut dengan suara hadirin yang menjawab, “Betul.”

LINK BERITA TERDAHULU:
https://chronivo.my/2025/09/22/mahkamah-keluarkan-notis-tunjuk-sebab-hina-mahkamah-terhadap-presiden-warisan-shafie-apdal/

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Membudayakan Model Peranan Positif Kunci Tangani Isu Buli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular