HomeUtamaNotis tunjuk sebab diserahkan kepada Shafie

Notis tunjuk sebab diserahkan kepada Shafie

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab terhadap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataan yang didakwa menghina prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir telah diserahkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, berkata notis itu diserahkan kepada Shafie semalam.

Nahra hanya menjawab ringkas ketika ditanya mengenai perkembangan tersebut.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Shafie berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan oleh peguam Datuk Ram Singh, yang turut disokong semua pihak dalam prosiding.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan Shafie membuat kenyataan berhubung kes tersebut.

Dalam video itu, Shafie antara lain kedengaran berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” sebelum disambut dengan suara hadirin yang menjawab, “Betul.”

LINK BERITA TERDAHULU:
https://chronivo.my/2025/09/22/mahkamah-keluarkan-notis-tunjuk-sebab-hina-mahkamah-terhadap-presiden-warisan-shafie-apdal/

Sementara itu, Shafie yang juga merupakan bekas Ketua Menteri mengesahkan beliau telah menerima notis tunjuk sebab tersebut.

Menurutnya, notis berkenaan diserahkan kepadanya oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

Beliau memberitahu perkara itu pada sidang media parti, sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan.

RELATED ARTICLES
Utama

TUDM laksana latihan carilamat SAREX AR 2-25 di Pantai Timur Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular