HomeUtamaJetama digesa luaskan pemasangan sistem air minum nano ke pedalaman Sabah

Jetama digesa luaskan pemasangan sistem air minum nano ke pedalaman Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

TUARAN: Syarikat konsesi air Jetama Sdn Bhd digesa untuk memperluaskan pemasangan sistem air minum penapisan nano bertenaga solar ke lebih banyak kawasan pedalaman. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  sistem itu dilihat sangat baik dan boleh membekalkan air terawat daripada telaga tiub.

“Sistem yang dibangunkan oleh Jetama Sdn Bhd ini sangat baik kerana ia boleh membekalkan air terawat daripada telaga tiub ke kawasan yang tidak dapat dibekalkan air bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kemudahan baharu yang dipasang di Kampung Baru-Baru di sini pada Rabu. 

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pengerusi Jetama Datuk Yusuff Manan. 

Hajiji berkata, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jetama Sdn Bhd atas usaha pemasangan sistem berkenaan.

“Penduduk Kampung Baru-Baru tidak pernah menikmati bekalan air terawat sebelum ini kerana kampung ini terletak terlalu jauh daripada paip utama. 

“Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Jetama kerana memasang kemudahan ini di sini,” katanya. 

Hajiji berkata sistem ini, yang menggunakan tenaga solar atau menggunakan bank bateri untuk menjalankan proses rawatan air, amat sesuai untuk kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk pulau-pulau di Sabah.

“Saya telah meminta Jetama mempertimbangkan pemasangan sistem ini di lebih banyak kampung pedalaman,” katanya. 

Dengan kos kira-kira RM1.2 juta, sistem air minum mudah alih yang berkuasa sendiri ini mempunyai kapasiti menghasilkan 30,000 liter air setiap hari dan ianya dilengkapi dengan sensor serta pengawal untuk memantau kualiti air serta prestasi sistem, dan boleh menyesuaikan operasi mengikut keperluan. 

Air terawat disimpan dalam tangki dan boleh diagihkan kepada isi rumah melalui paip atau sistem pengagihan. 

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Lebuhraya Pan Borneo Serusop – Pinturu  berjalan lancar 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular