HomeUtamaSeorang Timbalan Ketua Menteri Cina, jika GRS terus diberi mandat - Hajiji

Seorang Timbalan Ketua Menteri Cina, jika GRS terus diberi mandat – Hajiji

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seorang Timbalan Ketua Menteri daripada kalangan masyarakat Cina akan dilantik sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat membentuk kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan jika ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada pemimpin Cina tersebut sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah Cina swasta serta badan-badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka, di sini malam Isnin.

Hajiji menambah dalam hal ini, peranan dan sumbangan masyarakat Cina adalah sangat besar dalam kemajuan dan pembangunan Sabah.

“Tanpa sumbangan anda semua, ekonomi negeri ini tidak akan berkembang. Malah, sumbangan masyarakat Cina di Sabah merangkumi pelbagai bidang dalam pelbagai sektor.

“Dalam sektor swasta, peranan usahawan dan peniaga Cina berada pada tahap teratas. Dalam konteks perkhidmatan awam negeri, ramai pegawai berketurunan Cina memegang jawatan tinggi dalam kementerian, jabatan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sesungguhnya, kita mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan masyarakat Cina dalam masyarakat kita,” katanya.

Bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran negeri, Hajiji berkata beliau telah melantik beberapa penasihat, khususnya mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang minyak dan gas, kewangan, pelaburan dan perundangan.

“Kebetulan hampir kesemua mereka ini adalah dari keturunan Cina. Terkini, saya telah melantik Yang Arif Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, untuk mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan sistem perundangan negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

RM70 juta bantuan untuk sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular