HomeUtamaSabah ada kuasa tentukan siapa boleh masuk negeri - Hajiji Noor

Sabah ada kuasa tentukan siapa boleh masuk negeri – Hajiji Noor

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa yang dibenarkan masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tindakan itu adalah berpandukan maklumat daripada pihak keselamatan dan agensi tertentu.

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk memastikan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.

“Namun, maklumat daripada pihak keselamatan dan agensi tertentu amat penting sebelum tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demimian ketika ditemui selepas  melancarkan Program Kedai Jujur di Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara, di sini, pada Selasa.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli perniagaan, Datuk Albert Tei yang mendakwa dihalang memasuki Sabah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Albert atau nama penuhnya, Datuk Albert Tei Jiann Cheing, datang ke Sabah untuk hadir di mahkamah bagi sebutan semula kes rasuah berkaitan isu permohonan lesen cari gali mineral yang dijadual di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Selain Albert, dua lagi tertuduh dalam kes itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Semalam, menerusi satu kenyataan, peguam Albert, Mahajoth Singh meminta penjelasan daripada Ketua Menteri mengenai sekatan yang dikenakan ke atas anak guamnya. – Chronivo / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Bomba komuniti Kampung Titingan terima sumbangan PPE kalis api

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular