HomeUtamaTalian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (No.2) berjaya dipulihkαn

Talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (No.2) berjaya dipulihkαn

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerja-kerja pemulihan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (No.2) berjaya dilaksanakan setelah satu lagi menara Emergency Restoration System (ERS) didirikan pada lewat petang Ahad.

Kejayaan itu menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) memastikan kestabilan bekalan elektrik kepada rakyat susulan kejadian tiang menara tumbang berikutan tanah runtuh pada 13 September lalu yang menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah.

Pada 17 September, talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (talian satu) berjaya disambung semula pada jam 8.10 malam, sekali gus menghubungkan kembali Pantai Timur Sabah ke sistem grid dan memulihkan bekalan elektrik ke kawasan yang terputus bekalan.

Manakala talian kedua 275kV Kolopis-Segaliud berjaya ditenagakan pada jam 9.10 malam tadi.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata usaha itu merupakan hasil pengorbanan, kepakaran dan komitmen luar biasa pasukan teknikal serta warga kerja Sabah Electricity yang bertungkus-lumus tanpa mengira siang dan malam.

“Kedua-dua talian kini bersambung ke sistem grid Sabah dan saya merakamkan penghargaan atas daya dan usaha seluruh pasukan teknikal dan warga kerja Sabah Electricity bagi memastikan sistem grid dapat dipulihkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yaakob berkata kejayaan sepenuhnya ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah, pasukan teknikal, kontraktor, dan pihak berkepentingan yang lain.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah keluarkan notis tunjuk sebab hina mahkamah terhadap Presiden Warisan Shafie...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular