HomeUtamaMahkamah keluarkan notis tunjuk sebab hina mahkamah terhadap Presiden Warisan Shafie Apdal

Mahkamah keluarkan notis tunjuk sebab hina mahkamah terhadap Presiden Warisan Shafie Apdal

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh J. Evachel John

((KEMASKINI)) KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, susulan kenyataannya yang dianggap menghina prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Ram Singh semasa prosiding yang memasuki hari ke-11 hari ini.

Permohonan Ram turut disokong oleh semua pihak yang terlibat dalam inkues.

Notis berkenaan akan diserahkan serta-merta kepada Presiden Parti Warisan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan Shafie membuat kenyataan berhubung kes tersebut.

Dalam video itu, Shafie antara lain kedengaran berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” sebelum disambut dengan suara hadirin yang menjawab, “Betul.”

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, yang mewakili ibu Zara, memaklumkan bahawa prosiding yang melibatkan kanak-kanak berjalan lancar.

“Ia bermula dengan sesi soal jawab bersama saksi kanak-kanak. Beberapa penyesuaian dibuat kerana keterangan itu diambil di bawah Akta Keterangan Kanak-Kanak, jadi soalan diajukan dengan bahasa yang lebih ringkas dan mudah difahami.

“Keterangan saksi kanak-kanak akan bersambung pada sesi petang ini. Buat masa ini, itu sahaja yang boleh kami kongsikan,” katanya.

Peguam ibu Zara yang lain adalah Rizwandean M. Borhan, Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

RELATED ARTICLES
Utama

15 saintis UMS tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular