HomeUtamaAumas Resources Tawar Peluang Pekerjaan Di Tapak Perlombongan Emas Di Tawau

Aumas Resources Tawar Peluang Pekerjaan Di Tapak Perlombongan Emas Di Tawau

Read Time:1 Minute, 39 Second

TAWAU, SABAH – Wullersdorf Resources Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh AuMAS Resources Bhd, kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang berkelayakan untuk menyertai operasi perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.

Sebagai syarikat perlombongan emas bersepadu penuh pertama dan satu-satunya yang tersenarai di Bursa Malaysia, AuMAS Resources Bhd komited terhadap keselamatan, kelestarian alam sekitar, dan pembangunan komuniti. Dengan operasi di tapak bersejarah Bukit Mantri, syarikat ini terus berada di barisan hadapan dalam teknologi perlombongan moden dan pemprosesan mineral.

Antara Jawatan Kosong yang Ditawarkan

  • Geologist (Senior & Junior) – RM2,500 hingga RM8,000 (4 jawatan)
  • Open Pit Mine Engineer – RM6,000 hingga RM10,000 (1 jawatan)
  • Metallurgist (Senior & Junior) – RM4,000 hingga RM12,000 (2 jawatan)
  • Chemist – RM3,000 hingga RM4,500 (2 jawatan)
  • HSE Officer (ESG Focus) – RM6,000 hingga RM8,000 (1 jawatan)
  • Workshop Manager – RM8,000 hingga RM12,000 (1 jawatan)
  • Heavy Equipment Mechanic – RM3,000 hingga RM5,000 (16 jawatan)
  • Driller & Field Worker – RM2,500 hingga RM8,000 (20 jawatan)
  • Heavy Truck Driver / Heavy Equipment Operator – (Komisen berasaskan prestasi, 20 jawatan)
  • Senior Purchasing Executive – RM3,500 hingga RM5,000 (1 jawatan)
  • Administrative Clerk – RM1,700 hingga RM2,500 (2 jawatan)

Syarat & Ciri Calon Yang Dicari

  • Komited menegakkan standard keselamatan tertinggi.
  • Mempunyai semangat kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Tahan lasak, boleh menyesuaikan diri, serta bersedia bekerja dalam persekitaran dinamik.
  • Cekap dalam operasi dan komunikasi.

Cara Memohon

📩 Hantar resume & surat permohonan ke: [email protected]

Temuduga Terbuka (Walk-in Interview):
Tarikh: 3 November 2025
Lokasi: Pejabat Tawau

☎️ Hubungi untuk maklumat lanjut:

Pejabat: 089-747 747

Mohd Asmerwan: 019-550 5510

Mengenai Syarikat

AuMAS Resources Bhd ialah sebuah syarikat tempatan Sabah, dan merupakan satu-satunya syarikat perlombongan emas bersepadu penuh yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Dengan sejarah panjang dalam industri perlombongan, AuMAS komited melaksanakan amalan perlombongan bertanggungjawab, menjaga kelestarian alam sekitar, serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada pembangunan industri emas Sabah dengan semangat keselamatan, kelestarian dan komuniti.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis siasat kes pembocoran maklumat kanak-kanak di media sosial

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular