HomeUtamaAbdul Karim Gulam dinobat Tokoh Seni Negeri Sabah 2025

Abdul Karim Gulam dinobat Tokoh Seni Negeri Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Usaha gigih dan cintakan dunia seni akhirnya memberi penghormatan tertinggi buat Abdul Karim Gulam yang diumumkan sebagai Tokoh Seni Negeri Sabah 2025 dalam Majlis Anugerah Seni Negeri (ASN) Sabah di sini.

Beliau menerima Warkah Penghargaan, wang tunai RM9,000 dan trofi yang menjadi simbol pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanannya yang konsisten memartabatkan seni serta budaya negeri.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew.

Selain Abdul Karim, majlis penuh prestij itu turut menyaksikan pengiktirafan kepada beberapa pendukung seni yang memainkan peranan penting dalam ekosistem seni Sabah.

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) diumumkan pemenang kategori Agensi Kerajaan/Korporat, manakala Persatuan SEAMEX Sabah dipilih sebagai penerima kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Bagi kategori Media, penghargaan diberikan kepada Rangkaian Televisyen Malaysia (RTM) atas komitmen menyalurkan karya seni dan budaya tempatan kepada penonton seluruh negara.

Dalam pada itu, Anugerah Khas turut diberikan kepada dua penerima berbeza generasi iaitu Kumpulan The Male-Efficient menerima pengiktirafan bagi Kategori Senior, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dinobatkan sebagai penerima Kategori Junior.

Kedua-duanya masing-masing membawa pulang wang tunai RM4,000, trofi dan warkah penghargaan.

ASN Sabah 2025 sekali lagi membuktikan bahawa seni dan budaya bukan sekadar warisan, malah menjadi nadi penyatuan masyarakat, dengan Abdul Karim berdiri sebagai simbol kecintaan terhadap seni negeri.

Majlis yang berlangsung penuh dengan kemeriahan berjaya menghimpunkan para seniman, budayawan, penggiat seni, organisasi dan institusi yang telah berjasa dalam memartabatkan seni budaya negeri.

Ia dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) .

RELATED ARTICLES
Utama

Polis siasat kes pembocoran maklumat kanak-kanak di media sosial

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular