HomeSukanTujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak tujuh pasukan utama mewakili pelbagai jabatan dan agensi dibawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) menyertai Kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM kali ke-14, 2025. 

Antara yang menyertai JKM; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah dan Ukir (JTU); Jabatan Perhutanan; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Kejohanan yang berlangsung selama lapan hari bermula 20 September itu menyaksikan 15 acara sukan teras dan lima acara baharu akan dipertandingkan.

Majlis perasmian pembukaan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong.

Terdahulu ketika berucap, Safar berkata, kejohanan itu merupakan wadah penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta  rasa  kekitaan  dalam  kalangan  warga  penjawat  awa negeri Sabah.

Katanya,  ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, tetapi juga melahirkan warga kerja yang lebih produktif, berdedikasi serta berpandangan positif.

“Ini jelas mencerminkan keterbukaan kita dalam meraikan kepelbagaian minat dalam bersukan dan menggalakkan penglibatan lebih ramai warga penjawat awam negeri Sabah.

 “Sesungguhnya, kemenangan bukanlah ukuran tunggal. Sebaliknya nilai persahabatan, semangat kesukanan dan muhibbah yang terjalin sesama kita adalah merupakan pencapaian yang diutamakan.

“Saya yakin acara ini akan terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan demi kesejahteraan negeri Sabah yang tercinta,” katanya. – Chronivo / FOTO ALEXTER ROSALIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sasar pertahan kejuaraan SOPMA, rangkul kejayaan di Sukan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular