HomeUtamaSurau, Masjid berpotensi sebagai destinasi dakwah dan pelancongan

Surau, Masjid berpotensi sebagai destinasi dakwah dan pelancongan

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

TUARAN : Pewujudan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah, di sini diyakini mampu memberi nilai tambah kepada daerah ini selain kewujudan tarikan budaya lain seperti Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masjid dan surau juga mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan agama, sebagaimana masjid-masjid utama di ibu negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara. 

“Sambil kita beribadah, kita juga berdakwah, mempromosi daerah dan memperkenalkan budaya bangsa yang selama ini menjadi teras perpaduan rakyat Sabah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah di Kampung Lok Batik Hujung, di sini pada Ahad.  

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mojd Arif.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Bugis yang memainkan peranan penting menjayakan pembinaan surau tersebut melalui kerjasama, gotong-royong serta sumbangan dana masyarakat. 

“Surau ini berdiri megah hasil semangat kebersamaan dan kerja keras masyarakat. Sikap rela berkorban demi agama Allah menjadi teladan terbaik kepada semua umat Islam,” katanya. 

Sementara itu, Hajiji berkata, masjid dan surau bukan sekadar tempat menunaikan solat berjemaah, tetapi berfungsi lebih luas sebagai pusat penyatuan masyarakat, pengukuhan ukhuwah, penyebaran ilmu serta pembangunan sosial dan ekonomi. 

Katanya, Surau Abu Hassan Ar-Raudhah mampu menjadi nadi perpaduan setempat dan pusat dakwah yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. 

“Dengan terbinanya surau ini, kita bukan sahaja menambah infrastruktur keagamaan, tetapi juga memperkukuh identiti Islam di Negeri Di Bawah Bayu,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata,  Sabah yang dihuni 35 kumpulan etnik dan 217 sub-etnik sentiasa menjadi contoh terbaik masyarakat majmuk di Malaysia. 

Katanya, selain masyarakat Bugis, semua kaum di Sabah memainkan peranan penting dalam arus pembangunan negeri, dengan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi kekuatan utama. 

Hajiji menegaskan kerajaan negeri sentiasa komited memperkukuh institusi Islam melalui pembinaan masjid dan surau baharu serta pengimarahan rumah ibadah sedia ada. 

Katanya, usaha itu seiring agenda kerajaan untuk memperkasakan nilai kerohanian, memastikan kesejahteraan sosial dan memelihara perpaduan ummah.  – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular