HomeUtamaFenomena garis badai dijangka landa Sabah, Sarawak dan Labuan

Fenomena garis badai dijangka landa Sabah, Sarawak dan Labuan

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran awal berhubung ramalan cuaca signifikan yang dijangka melanda beberapa kawasan termasuk di Sabah bermula 22 hingga 25 September 2025.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara dalam tempoh berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan fenomena garis badai yang membawa hujan lebat serta angin kencang, khususnya di utara Sarawak, barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu atau aplikasi myCuaca bagi memastikan sumber sahih diperoleh.

Fenomena garis badai biasanya boleh membawa ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh singkat yang berpotensi mengganggu aktiviti harian, termasuk perhubungan darat dan laut.- Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular