Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah hari ini bagi meninjau lokasi bencana.
Beliau dijadual tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 1.30 petang hari ini menggunakan pesawat khas dari ibu negara.
Sejurus tiba, Perdana Menteri akan mengadakan tinjauan ke lokasi tanah runtuh Country Heights Penampang sebelum bergerak ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kolopis pada jam 3 petang.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan tinjauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sarapung pada jam 3.40 petang.
Selepas itu, Perdana Menteri akan mengadakan lawatan bagi meninjau IPG Gaya sebelum berlepas balik ke ibu negara kira-kira jam 6.20 petang – Chronivo