HomeUtama2,602 penduduk masih terjejas, 22 PPS dibuka di enam daerah Sabah

2,602 penduduk masih terjejas, 22 PPS dibuka di enam daerah Sabah

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda Sabah sejak beberapa hari lalu menyaksikan seramai 2,602 penduduk daripada 806 keluarga masih terjejas dan berlindung di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah setakat jam 8 pagi

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah yang terlibat ialah Beaufort, Penampang, Membakut, Papar, Putatan dan Sipitang.

Daripada jumlah itu, Membakut merekodkan angka tertinggi dengan 1,036 penduduk daripada 328 keluarga dipindahkan ke beberapa PPS termasuk SMK Bongawan, SMK St Patrick, Dewan Kesenian Islam serta SMK Membakut.

Di Penampang, seramai 554 penduduk daripada 156 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS antaranya Kompleks Sukan Penampang, Dewan Inobong, Dewan Kg Sarapung dan SK St Paul Kolopis.

Papar pula mencatatkan 304 penduduk terjejas, manakala Beaufort seramai 274 penduduk, Sipitang 436 penduduk dan Putatan 28 penduduk.

JPBN turut memaklumkan bahawa 208 kampung terkesan dengan bencana kali ini.

Walaupun beberapa kawasan menunjukkan paras air mulai surut, masih terdapat kampung yang kekal dinaiki air serta berisiko banjir susulan hujan berterusan.

Sehingga kini, enam daerah yang terlibat masih berstatus aktif dalam pemantauan dengan jumlah PPS yang dibuka dijangka berubah bergantung kepada keadaan cuaca. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular