HomeUtamaTujuh pelajar Tingkatan 1 geledah loker Zara atas inisiatif sendiri – Saksi

Tujuh pelajar Tingkatan 1 geledah loker Zara atas inisiatif sendiri – Saksi

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pelajar senior tidak pernah mengarahkan pelajar junior untuk menggeledah loker Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Ketua warden asrama SMKA TDM Azhari Abd Sagap berkata pemeriksaan loker dilakukan atas inisiatif sendiri oleh pelajar junior selepas Zara dipanggil oleh senior berhubung aduan kecurian.

Beliau membuat kenyataan itu semasa pemeriksaan saksi oleh peguam ibu Zara, Shahlan Jufri di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Shahlan: Pernah ada insiden senior memanggil junior untuk disoal seperti kes Zara ini?
Azhari: Tiada

Shahlan: Pernah ada insiden senior atau ahli dorm selongkar bag dan locker ahli dorm yang lain?
Azhari: Tiada, yang selongkar malam itu bukan arahan senior. Itu inisiatif pelajar itu sendiri.

Shahlan: Macam mana kamu tahu?
Azhari: Berdasarkan cerita mereka (pelajar)

Shahlan: Pelajar mana?
Azhari: Dari pengakuan 5 orang itu. Pelajar yang menyelongkar pun mengaku dorang yang buat sendiri.

Shahlan: Pendapat cikgu, bolehkah ahli-ahli dorm menyelongkar loker ahli dorm yang lain?
Azhari: Tidak

Shahlan: Mengapa?
Azhari: Memang tidak boleh

Shahlan: Selain daripada 5 orang pelajar yang terlibat dalam pengakuan bertulis ada siapa lagi yang terlibat dalam insiden pada malam 15.07.2025.
Azhari: pengakuan bertulis 5 orang itu sahaja

Shahlan: Siapa lagi yang terlibat?
Azhari: (Nama pelajar disebut) yang mengadu, tujuh pelajar Tingkatan 1 yang menyelongkar. Itu saja.

Shahlan: Kamu masih ingat nama-nama tujuh yang menyelongkar?

Azhari: (nama-nama pelajar disebut termasuk nama seorang pelajar yang menjumpai pin bendera malaysia milik ketua Dorm bernama E)

Shahlan: A di mana masa pelajar selongkar bag Zara
Azhari: Saya tidak tahu

Ditanya sekiranya Azhari mengetahui pelajar A juga mengadu kehilangan dompet pada malam 15 Julai, Azhari berkata: “saya tahu pagi itu 16 Julai”.

Tambahnya, dia mengetahui perkara itu dari chat telegram ibu bapa pelajar A.

A dan E merupakan antara lima pelajar yang didakwa di Mahkamah Kanak-kanak berkait kes Zara.

Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular