HomeUtamaSeorang berpindah, empat pelajar masih di sekolah sama - saksi

Seorang berpindah, empat pelajar masih di sekolah sama – saksi

Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang daripada lima pelajar yang didakwa berkait kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir telah berpindah ke sekolah lain selepas kejadian 16 Julai lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Warden, Azhari Abd Sagap, ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Bagaimanapun, Azhari memaklumkan beliau tidak mengetahui sebab pelajar berkenaan berpindah.

Tambahnya, empat lagi pelajar terbabit iaitu B, C, D dan E masih bersekolah di institusi sama.

Shahlan: Adakah pelajar A, B, C, D dan E masih bersekolah di SMKA TDM?
Azhari: Sekarang ni, ya.

Shahlan: Jelaskan.
Azhari: Ya masih bersekolah sana

Azhari: Saya difahamkan pelajar A sudah pindah sekolah?
Azhati: Ya

Shahlan: Jadi yang masih bersekolah sana BCDE?
A: Ya, betul

Shahlan: Saya difahamkan selepas kejadian Zara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membekukan pemindahan pelajar ke sekolah lain. Bagaimana pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Itu bukan bidang tugas saya.

Shahlan: Cikgu tahu bila pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Tidak ingat, beberapa minggu selepas kejadian.

Shahlan: Mengikut kefahaman saya, untuk pindah sekolah kita mesti sertakan alasan untuk pindah, adakah kamu tahu apa alasan pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Saya tidak tahu.

Shahlan: Adakah cikgu tahu bagaimana proses pindah sekolah ke sekolah lain?
Azhari: Ada isi borang tiga untuk mohon pindah sekolah.

Shahlan: Selalunya ambil masa berapa lama?
Azhari: Selesai semua dokumen boleh proceed (teruskan).

Shahlan: Berapa lama permohonan itu diluluskan?
Azhari: Itu saya tidak tahu, bukan bidang tugas saya.

Azhari yang merupakan saksi kelapan inkues kematian Zara mengiyakan apabila ditanya oleh Shahlan sama ada pelajar B, C, D dan E itu masih tinggal di asrama sekolah selepas insiden yang berlaku di sana pada 16 Julai lalu.

Katanya pelajar E yang juga ketua bilik tidak lagi menginap di bilik yang sama selepas kejadian berkenaan kerana trauma.
“Sekarang pelajar E bukan lagi (ketua bilik), sebab dia bagi tahu dia trauma dengan kejadian ini dan tidak boleh menginap lagi di bilik itu,” katanya.

Katanya, hanya pelajar B, C dan D masih menginap di bilik yang sama.

Zara, pelajar Tingkatan Satu, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya pada jam 1.07 petang di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular