HomeUtamaPRIME MCMC bantu pulihkan komunikasi, ringankan beban mangsa banjir di Sabah

PRIME MCMC bantu pulihkan komunikasi, ringankan beban mangsa banjir di Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Inisiatif ‘Mobile Integrated Radio and Internet Communication System’ (PRIME) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terbukti menjadi penyelamat ketika banjir besar melanda Sabah baru-baru ini.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein berkata, PRIME hadir sebagai talian hayat dengan memulihkan rangkaian kritikal, menyokong pasukan penyelamat, serta menghubungkan semula keluarga yang terpisah.

Katanya, unit bergerak berautonomi penuh itu dilengkapi teknologi satelit, selular, radio mudah alih dan Wi-Fi.

Menurutnya,  keupayaannya membolehkan sambungan dipulihkan pantas di kawasan terjejas teruk seperti Penampang dan Kampung Cendrakasih, sekali gus mempercepatkan koordinasi misi bantuan serta memastikan penduduk mendapat maklumat penting.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein

“Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menekankan bahawa infrastruktur komunikasi merupakan tonggak penting dalam pengurusan bencana, manakala Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din, bersama pasukan beliau, berjaya menterjemahkan visi itu ke lapangan dengan kecemerlangan teknikal.

“Kejayaan PRIME disifatkan sebagai simbol roh MADANI yang mengutamakan rakyat. PRIME bukan sekadar sistem, ia adalah simbol harapan, kesiapsiagaan, dan janji bahawa tiada rakyat Malaysia akan dipinggirkan sewaktu krisis,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam menghadapi perubahan iklim yang semakin mencabar, pelaburan berterusan dalam inovasi berpusatkan rakyat seperti PRIME amat penting untuk membina negara yang lebih kukuh dan berdaya tahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular