HomeUtamaMangsa banjir, tanah runtuh Sabah meningkat kepada 3,134 orang

Mangsa banjir, tanah runtuh Sabah meningkat kepada 3,134 orang

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di negeri ini terus merekodkan peningkatan kepada 3,134 orang melibatkan 905 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat 25 orang berbanding 3,109 orang yang direkodkan pada jam 8 malam pada Rabu.

Dari jumlah itu, Sipitang mencatat peningkatan jumlah mangsa seramai 285 orang melibatkan 103 keluarga.

Manakala Beaufort, Papar dan Putatan kekal mencatatkan jumlah mangsa seperti semalam masing-masing 289,369 dan 567 orang.

Di Penampang dan Membakut, jumlah mangsa terjejas banjir mencatat penurunan masing-masing kepada 639 dan 985 orang.

Sehingga kini sebanyak 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 905 keluarga terjejas. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular