Oleh J. Evachel John
KOTA KINABALU: Ustaz Azhari Abd Sagap tidak mengetahui terdapat contengan di bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang berbunyi “Zara Qairina perasan cantik”.
Azhari menjawab soalan daripada peguam Shahlan Jufri yang bertanya mengenai contengan di bilik tersebut.
Beliau mengetahui contengan mengenai Zara di dinding bilik RBT selepas sebuah audio dikatakan tersebar.
Shahlan: Saya difahamkan ada bilik RBT di sekolah SMKA TDM?
Azhari: Ya, ada. Reka Bentuk dan Teknologi iaitu nana subjek. Bilik ini terletak di Blok akademik, tetapi tidak pasti tingkat berapa.
Shahlan: Cikgu tahu ada contengan mengenai Zara di dinding bilik RBT?
Azhari: Saya mengetahui perkara itu melalui sebaran audio
Shahlan: Contengan di bilik RBT itu berbunyi ‘Zara Qairina perasan cantik’, betul?
Azhari: Tidak tahu
Azhari juga ditanya mengenai keadaan emosi pelajar selepas kejadian Zara.
Azhari berkata ada pelajar yang trauma terutama yang bersama-sana dengannya mengangkat Zara.
Saksi kelapan itu memberi keterangan dalam inkues Zara Qairina Mahathir di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Sementara itu Shahlan juga bertanya mengenai hantaran Facebook oleh cikgu Amit.
Shahlan: Kamu tahu Cikgu Amit Hamid ini ada membuat hantaran di Facebook Hamid yang pelajar sekolah SMKA TDM mengalami tekanan emosi selepas kematian Zara?
Azhari: Iya tahu
Shahlan: Dakwaan tekanan emosi ini sebab ada orang ramai yang melalui perkarangan hadapan sekolah sering menjerit ‘pembuli’ dan ‘pembunuh’ kepada pelajar yang sering beriadah atau menunggu giliran berwuduk. Boleh ceritakan lebih lanjut pasal ini cikgu?
Azhari: Semasa dia buat hantaran ini saya tidak berada di sekolah sudah. Tetapi, inilah yang kami alami sebab musolah ni dekat dengan pagar laluan kereta.