HomeUtama36 mesin hemodialisis baharu tampung rawatan 1,057 pesakit buah pinggang di Kota...

36 mesin hemodialisis baharu tampung rawatan 1,057 pesakit buah pinggang di Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Penyerahan tambahan 36 mesin hemodialisis kepada hospital-hospital dalam Kluster Hospital Zon Kota Kinabalu kini mencukupi untuk menampung rawatan seramai 1,057 pesakit buah pinggang di kawasan berkenaan.

James beramah mesra dengan salah seorang pesakit yang menjalankan rawatan dialisis di hospital itu. – Foto Chronivo/ Florieta Diet

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, berkata sumbangan kerajaan negeri itu adalah sebahagian daripada usaha memastikan kelancaran rawatan pesakit, selain menggantikan mesin lama yang rosak atau kurang beroperasi.

“Dengan adanya mesin baharu ini, ia sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan masalah rawatan pesakit dan mereka tidak perlu bergantung kepada kos tinggi di hospital swasta. Mesin lama yang tidak lagi berfungsi dengan baik boleh terus diganti apabila mesin baharu diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada Fasiliti Kesihatan Kluster Zon Kota Kinabalu di Hospital Queen Elizabeth I, di sini, hari ini.

Beliau yang juga merangkap Exco Kesihatan berkata, sebanyak 36 mesin berkenaan diagihkan kepada hospital-hospital di bawah Kluster Hospital Zon Kota Kinabalu, iaitu Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sebanyak lapan unit, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (6), Hospital Ranau (4), Hospital Kota Belud (6), Hospital Papar (4) serta Hospital Tuaran (4).

Tambahnya lagi, data Zon Kluster Kota Kinabalu menunjukkan terdapat seramai 1,057 pesakit buah pinggang terdiri daripada 417 pesakit hemodialisis dan 640 pesakit CAPD. Bagi menampung keperluan itu, sebanyak 192 mesin hemodialisis disediakan, dengan 178 masih berfungsi dan 14 lagi rosak.

“Pesakit turut dikecualikan daripada pembayaran yuran perkhidmatan dialisis. Bagi pesakit yang menjalankan rawatan sendiri di rumah (CAPD), mereka akan menerima subsidi kira-kira RM100 bagi bekalan air,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah mesin yang ada ketika ini, James menjelaskan bahawa bekalan mesin sedia ada termasuk tambahan 100 unit daripada kerajaan negeri baru-baru ini masih mencukupi bagi menampung keperluan hospital-hospital di semua zon.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular