KOTA KINABALU : Seramai 17 kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun menyertai program Sabah Screen Talent Kids (Siri 1/2025) bertemakan ‘Imagination on Screen’.
Program anjuran Persatuan Bakat Skrin Sabah (PBSS) itu telah berlangsung di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS), semalam.
Pengerusi PBSS, Ramli Carlo berkata, program itu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai dunia lakonan skrin melalui bengkel interaktif dan pertandingan pendek.
Katanya, program ini diadakan untuk membina keyakinan diri, kreativiti, dan ekspresi kanak-kanak seawal usia sekolah rendah, sekali gus melahirkan pelapis baharu dalam industri seni lakon Sabah.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ice breaking, eksplorasi ekspresi, suara dan gerak, latihan improvisasi, asas bahasa tubuh di hadapan kamera, serta penghasilan reels lakonan solo dan berpasangan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Persatuan Filem dan Video Sabah (SAFVA), Chester Pang, dan turut dihadiri CEO TV Sabah, Suzzane Lujain Bingkasan bagi memberi sokongan moral kepada peserta.
Antara peserta yang terpilih ialah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa Qarl Feldorado; Kylovela De Valentine; dan Aleesya Shazryna Azmiy.
Pelajar mewakili SK Kelatuan, Syifa Syahmina Ridzuan dan Syura Syazwina Ridzuan.
Selain itu, turut menyertai Muhammad Alif Iskandar Mohd Rohaizad (SK Kawang Papar); Deangelo Sinunduvan Denis (SK Catherine, Menggatal); Beckhsbryen Jude (SK Catherine, Menggatal); Siti Shakirah Jurnardi (SK Catherine, Menggatal; Jayssandra Jane Jain (SK Catherine, Menggatal) dancMaryanne Audrey Jonathan (Sk Catherine, Menggatal).
Turut menyertai Levonry Jaubir (SK Catherine, Menggatal); Nur Azzalea Athirah Binti Basir (SK Stela Maris, Tg Aru); Carmen Jimmy Orow (SK Stela Maris, Tg Aru); Amour Praythizia Rastom (SJKC Our Lady Immaculate, Kudat);:Dayang Rallieesya Mohd Raffieez (SRS Datuk Simon Fung) dan Dayang Rannieeya Mohd Raffieez dari SRS Datuk Simon Fung.
Dengan sambutan memberangsangkan ini, PBSS merancang untuk meneruskan program Sabah Screen Talent Kids dalam siri seterusnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak mengasah bakat di hadapan kamera. – Chronivo