HomeUtamaLorong Jalan Bantayan Damat Sawah ditutup, pengguna diminta berhati-hati

Lorong Jalan Bantayan Damat Sawah ditutup, pengguna diminta berhati-hati

Read Time:48 Second

TUARAN : Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati susulan penutupan sementara satu lorong di Jalan Bantayan Damat Sawah, KM0.090, Tamparuli bermula jam 8 malam pada Rabu sehingga dimaklumkan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan lorong kiri jalan itu dibuat selepas berlaku mendapan serius serta rekahan besar pada permukaan jalan akibat hakisan tebing sungai di bawah tambakan jalan.

“Langkah penutupan segera diambil demi keselamatan pengguna jalan raya. Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil risiko melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Pengguna kenderaan kecil disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan KK-Kudat Lama – Jalan Rimbai Mangkalaodoi – Jalan Bantayan Damat Sawah sepanjang tempoh penutupan ini.

JKR turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda keselamatan, arahan pihak berkuasa di lokasi serta merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Segala kesulitan amat dikesali. Keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami,” tambah kenyataan itu di sini. – Chronivo / FOTO JKR SABAH 

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular