HomeUtamaHajiji Rakam Penghargaan Kepada Petugas Sabah Electricity Selepas Talian 275kV Kolopis-Segaliud Berjaya...

Hajiji Rakam Penghargaan Kepada Petugas Sabah Electricity Selepas Talian 275kV Kolopis-Segaliud Berjaya Disambungkan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU, Talian penghantaran 275kV Kolopis–Segaliud (Line 1) berjaya disambung semula pada jam 8.10 malam tadi, sekali gus menghubungkan kembali Sandakan Island ke sistem grid Sabah dan memulihkan bekalan elektrik ke kawasan Pantai Timur negeri ini yang terputus baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Noor berkata kejayaan itu merupakan hasil pengorbanan, kepakaran dan komitmen luar biasa pasukan teknikal serta warga kerja Sabah Electricity yang bertungkus-lumus tanpa mengira siang dan malam.

“Alhamdulillah, sambungan berjaya dilakukan. Saya merakamkan penghargaan atas penat lelah seluruh pasukan teknikal dan staf Sabah Electricity yang telah bekerja keras bagi memastikan sistem grid dapat dipulihkan. Ini adalah satu kejayaan besar yang membuktikan semangat juang luar biasa mereka,” katanya dalam satu catatan di laman facebook rasmi beliau malam ini.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua petugas termasuk pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi pemulihan serta pengurusan bencana banjir.

Dalam pada itu, Sabah Electricity dalam hantaran berasingan memaklumkan bahawa bekalan elektrik akan dipulihkan secara berperingkat mengikut kawasan bagi memastikan kestabilan sistem dan keselamatan operasi.

“Pasukan kami sedang memantau dengan teliti dan menyelaraskan penghantaran tenaga agar setiap kawasan menerima bekalan secepat mungkin tanpa menjejaskan keutamaan keselamatan.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama pasukan teknikal di lapangan, barisan pengurusan serta warga kerja di belakang tabir yang menyelaras operasi di pejabat dan kawasan – dan tidak lupa, sokongan padu para pengguna di seluruh Sabah, Kerajaan Negeri Sabah dan Lembaga Pengarah Sabah Electricity,” katanya.

Sabah Electricity  pada masa sama merakamkan doa dan solidariti terhadap usaha mencari seorang kakitangannya yang dihanyutkan arus deras ketika melaksanakan tugasan di Keningau.

Orang ramai yang masih mengalami gangguan bekalan diminta menghubungi talian 15444 atau menggunakan aplikasi rasmi Sabah Electricity untuk aduan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular