HomeUtamaBanjir Sabah: Kerajaan negeri komited bela kebajikan mangsa

Banjir Sabah: Kerajaan negeri komited bela kebajikan mangsa

Read Time:39 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

BONGAWAN: Kerajaan Sabah terus menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang terjejas akibat bencana banjir di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini meluangkan masa turun padang melawat dan menyantuni mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Beaufort dan Bongawan.

Dalam lawatan itu, beliau menyampaikan bantuan daripada kerajaan negeri dan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) kepada setiap ketua isi rumah mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit.

“Kerajaan ini sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat yang ditimpa musibah.

“Bantuan yang disampaikan diharap dapat mengurangkan beban keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Masyarakat Bongawan di sini pada Rabu.

Terdahulu seramai 83 keluarga di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon Beaufort dan seramai 56 keluarga di PPS Dewan Masyarakat Bongawan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI). – Chronivo 

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular