HomeUtamaTragedi Tanah Runtuh: Tiga maut di Kg Marahang Tuntul

Tragedi Tanah Runtuh: Tiga maut di Kg Marahang Tuntul

Read Time:1 Minute, 0 Second

PAPAR: Tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak ditemukan maut selepas rumah yang mereka diami tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul dekat sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bersama Unit Storm digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan penyelamat pada jam 9.34 pagi, didapati sebuah rumah tertimbus tanah runtuh dengan tiga mangsa dilaporkan terperangkap.

“Mangsa pertama ditemui pada jam 4.20 petang diikuti mangsa kedua lima minit kemudian, manakala mangsa terakhir ditemukan pada jam 8.45 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan hasil operasi yang dijalankan pasukan bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RELA.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 pagi (16 September 2025),” katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 34 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular