HomeUtamaMangsa banjir Sabah meningkat kepada 2,813 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 2,813 orang

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Mangsa terjejas banjir di Sabah terus merekodkan peningkatan kepada 2,813 orang melibatkan 752 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat 339 orang berbanding 2,474 orang yang direkodkan pada jam 12 tengah hari.

Dari jumlah itu, tiga daerah iaitu Membakut, Papar dan Putatan terus mencatat peningkatan jumlah mangsa.  Manakala Beaufort dan Penampang kekal merekodkan jumlah mangsa.

Sehingga kini sebanyak 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 752 keluarga terjejas.

Penampang kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 940 orang melibatkan 232 keluarga yang ditempatkan di lapan buah PPS.

Bagi daerah Membakut, seramai 815 orang mangsa dilaporkan terjejas melibatkan 232 keluarga dan ditempatkan di lima PPS.

Manakala di Putatan, seramai 538 orang mangsa melibatkan 135 keluarga ditempatkan di empat buah PPS yang diaktifkan sejak semalam.

Selain itu, daerah Papar turut mencatat peningkatan jumlah mangsa seramai 247 orang melibatkan 70 keluarga yang kini ditempatkan di empat PPS.

Di Beaufort, mangsa seramai 273 orang melibatkan 83 keluarga kini masih berlindung di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.– Chronivo / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular