HomeUtamaHajiji hargai bantuan RM10 juta Kerajaan Persekutuan tangani bencana di Sabah

Hajiji hargai bantuan RM10 juta Kerajaan Persekutuan tangani bencana di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas penyaluran bantuan RM10 juta untuk membantu Sabah menangani kesan bencana alam yang melanda negeri ini.

Menurut beliau, bantuan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tambahan kepada peruntukan segera RM11 juta yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri amat menghargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat Sabah, khususnya mangsa bencana. Tambahan bantuan ini akan memperkukuh usaha kita dalam membantu rakyat yang terjejas,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui NADMA bagi membantu mangsa terjejas banjir di Sabah.

Katanya, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.

“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” menurut beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan bagi memastikan setiap keluarga yang terkesan dengan bencana itu segera menerima bantuan.

“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya.

“Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular