HomeUtama154 syarikat dengan 335 kenderaan daftar SKPS

154 syarikat dengan 335 kenderaan daftar SKPS

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sejumlah 154 syarikat yang mengendalikan 335 kenderaan telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) sejak pendaftaran dibuka pada Isnin (15 Sept).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, skim berkenaan bertujuan memastikan pemberian subsidi bahan api lebih bersasar dan telus.

Katanya, proses pendaftaran yang bermula Isnin (15 Sept) masih mencatat jumlah penyertaan rendah berbanding jangkaan.

“Sejak pendaftaran bermula, sebanyak 154 syarikat telah berdaftar di bawah SKPS, melibatkan 335 kenderaan iaitu 70 syarikat pengangkutan darat awam dengan 240 kenderaan serta 84 syarikat pengangkutan barangan dengan 95 kenderaan.

“Jumlah ini agak rendah berbanding anggaran kita iaitu sekitar 100,000 kenderaan di seluruh negara berdasarkan data sistem yang diintegrasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Armizan berkata, sistem subsidi itu direka bagi memastikan bantuan petrol sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan, membantu syarikat mengurangkan kos operasi serta mengekalkan kadar tambang berpatutan untuk orang ramai.

“Bagi syarikat pengangkutan awam dan barangan, harga bersubsidi masih jauh lebih rendah daripada kadar pasaran. Mereka wajar memanfaatkan sepenuhnya komitmen kerajaan ini,” katanya ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Lok Kawi Heights, Kinarut pada Selasa (16 Sept).

Beliau menjelaskan, syarikat perlu memohon kepada syarikat minyak pilihan masing-masing untuk mendapatkan “fleet card” SKPS yang membolehkan mereka mengakses petrol bersubsidi.

“Mereka yang mendaftar sekarang boleh menggunakan kad flick bermula hari pertama sistem subsidi ini dilaksanakan. Syarikat yang lewat mendaftar mungkin perlu membeli petrol pada harga pasaran, sekali gus merugikan mereka,” tambahnya.

Ahli Parlimen Papar itu turut menegaskan bahawa walaupun angka pendaftaran masih sederhana, kerajaan berharap semua syarikat pengangkutan yang layak akan mengambil peluang daripada subsidi ini.

“Langkah ini akhirnya mengurangkan impak kos kepada pengguna dan masyarakat secara keseluruhan. Kita menyeru syarikat untuk segera mendaftar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular