HomeUtamaLapan daerah terjejas banjir, tanah runtuh

Lapan daerah terjejas banjir, tanah runtuh

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lapan daerah di Sabah dilaporkan terjejas dengan bencana banjir dan tanah runtuh susulan berlakunya hujan tanpa henti sejak 8 September lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, enam daerah telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

Menurut JPBN, sehingga kini, terdapat sebanyak 11 PPS yang aktif beroperasi, menempatkan sejumlah 220 keluarga, melibatkan seramai 863 orang mangsa.

Susulan daripada kejadian bencana ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah meninjau sendiri ke beberapa lokasi kejadian tanah runtuh iaitu di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan bangunan Jeselton Quay.

Selain itu, Ketua Menteri turut meninjau keadaan rumah tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang dan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Putatan iaitu PPR Sri Keramat dan PPS Sri Serigai.

Terdapat empat lokasi yang terlibat dengan tanah runtuh yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa iaitu di Sarapung, Penampang, Marahang, Papar, Kampung Mook, Papar dan Cenderakasih, Kota Kinabalu. 

Kerajaan Negeri melalui JPBN sedang meninjau dan kerja menyelamat sedang dipergiatkan untuk mangsa mangsa tanah runtuh yang terperangkap akibat tanah runtuh tersebut.

Terdapat juga lokasi-lokasi tanah runtuh di laluan-laluan utama jalanraya yang memerlukan penelitian terperinci dan tindakan oleh Jabatan Kerja Raya dan seterusnyan pemantauan yang berterusan. 

 Selain itu, Kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat melalui Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyalurkan kewangan dan juga tambahan Bailey Bridge serta bantuan lain yang perlu bagi menjamin bencana ini dapat ditangani dan diuruskan dengan baik. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular