HomeUtamaKerajaan Negeri salur Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana

Kerajaan Negeri salur Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) serta bakul makanan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh yang terjejas di negeri ini sebagai langkah segera meringankan beban mangsa terlibat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) layak menerima BWI berjumlah RM1,000.

Manakala bagi waris mangsa yang terkorban akibat bencana ini, kerajaan turut memperuntukkan RM10,000 sebagai Bantuan Wang Ihsan Kematian.

Selain bantuan kewangan, kerajaan juga mengagihkan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas agar keperluan asas mereka terus terjamin sepanjang tempoh pemindahan.

Menurut JBPN, penyaluran bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan masyarakat yang giat menjalankan pemantauan serta koordinasi logistik di lapangan.

“Kerajaan Negeri akan terus memastikan kebajikan, keselamatan dan keperluan asas semua mangsa sentiasa menjadi keutamaan,” jelas kenyataan JPBN. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular