HomeUtama11 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg Cenderakasih

11 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg Cenderakasih

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang ditemui maut manakala 10 lagi dilaporkan terlibat dalam insiden tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Cenderakasih dekat sini, pagi Isnin.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama Unit K9 bergegas ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 10.24 pagi, didapati berlaku tanah runtuh yang menghempap rumah dengan melibatkan 11 mangsa. Empat mangsa berjaya keluar dengan selamat, manakala seorang mangsa ditemui meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya.

Selain bomba, operasi turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setakat ini operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular