HomeUtamaRumah, kenderaan musnah dijilat api di Kg Rancangan Batu 22 Balung

Rumah, kenderaan musnah dijilat api di Kg Rancangan Batu 22 Balung

Read Time:48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sebuah rumah tidak kekal dan kenderaan musnah dalam kebakaran kejadian di Kampung Rancangan Batu 22, Balung, malam tadi.

Ketua Balai BBP Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, ekoran daripada insiden tersebut, kedua-dua buah rumah dan kereta jenis Proton Wira Aeroback musnah 100 peratus.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 8.05 malam, pihak bomba mengerahkan Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi PBK II Zougarana Konin bergegas ke lokasi sejauh 32 kilometer dan tiba kira-kira 8.48 malam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bomba. Api berjaya dikawal jam 8.50 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.34 malam.

Seramai 19 anggota bersama tiga jentera termasuk FRT, EMRS dan water tanker terlibat dalam operasi berkenaan.

Jemishin mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular