HomeUtamaMembakut dilanda banjir, jalan utama dan kampung terjejas

Membakut dilanda banjir, jalan utama dan kampung terjejas

Read Time:37 Second

MEMBAKUT : Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan paras sungai di daerah Membakut meningkat, mengakibatkan beberapa kampung dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut dalam kenyataan memaklumkan, paras air yang direkodkan kini berada pada paras bahaya.

Antara kawasan terjejas adalah di Kampung Ulu Baitam (semua kenderaan tidak boleh melalui) dan kampung Baitam Baru dimana laluan ditutup sepenuhnya.

Selain itu, laluan di kampung Jambatan Baru hanya kenderaan berat dibenarkan melaluinya dan Kampung Gadong, Kimanis masih boleh dilalui semua kenderaan.

Manakala Jalan Pekan Lama, Membakut dilaporkan turut terjejas dimana hanya kenderaan berat boleh melalui.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya mengelak kawasan berisiko banjir, sentiasa memantau paras sungai, dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Pemantauan berterusan akan diteruskan sehingga paras air kembali normal. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular