KOTA KINABALU: Seramai lebih 5,000 umat Islam menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat Sempena Hari Malaysia 2025
Majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya di sini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Seterusnya, Timbalan Mufti Abdul Razak Hamdin memimpin bacaan doa selamat sebelum menjadi khatib dengan khutbah yang bertajuk ‘Kesatuan Ummah Pertahan Negara’.
Turut menunaikan solat Jumaat dan juga solat hajat bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Suhaidi ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Samin Samitah dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Awang Juri.