HomeUtamaLaluan sekitar Padang Merdeka ditutup sempena Hari Malaysia

Laluan sekitar Padang Merdeka ditutup sempena Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup atau dilencongkan bagi melancarkan perjalanan sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, penutupan dan lencongan trafik akan melibatkan beberapa lokasi strategik.

Antaranya Simpang KFC Bandaran (penutupan berkala) di mana hanya kenderaan milik penginap Hotel Dreamtel dan pemilik kedai dibenarkan masuk.

”Manakala Simpang Tiga Bukit Bendera (penutupan kekal) bagi laluan menuju ke Padang Merdeka akan ditutup sepenuhnya.

”Bagi laluan Bulatan Bunga Raya (penutupan berkala) hanya kenderaan dengan pelekat yang dikeluarkan pihak protokol dibenarkan melalui kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual di konti Sabah FM, di sini pada Jumaat.

Kasim berkata, laluan lain yang akan ditutup adalah jalan Bulatan Capital (Bandaran) yang ditutup secara berkala dengan kenderaan  kenamaan dibenarkan masuk menuju ke Bulatan Bypass.

Katanya, kenderaan awam dilencongkan ke lampu isyarat Centre Point.

”Bagaimanapun, petugas mempunyai budi bicara sekiranya ada orang awam ingin ke kawasan Bandaran untuk tujuan menginap atau berniaga sementara lampu Isyarat Dewan (penutupan berkala), penutupan dilakukan bagi memberi laluan kepada penyusunan dan pergerakan kontinjen perbarisan.

“Orang awam digalakkan meletakkan kenderaan di kawasan Kampung Air dan Gaya Street bagi mengelakkan kesesakan di laluan utama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular