HomeUtamaRibut petir, hujan lebat dijangka landa Sabah hingga 16 September

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Sabah hingga 16 September

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya di Sabah dan Labuan diingatkan supaya lebih berhati-hati berikutan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di sini pada Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlarutan sehingga 16 September ini.

Ini sekali gus berpotensi membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di barat Sabah, Labuan serta beberapa kawasan lain di Sarawak..

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 6 petang hari ini.

Antara kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Fenomena ini dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat serta kejadian pokok tumbang di lokasi terjejas.

Menurut MET Malaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20mm sejam yang berkemungkinan berlarutan lebih sejam.

Orang ramai, khususnya di kawasan rendah, dinasihatkan untuk lebih berwaspada, menangguhkan aktiviti luar serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial MET Malaysia dan aplikasi myCuaca. Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular